Tuesday, 29 November 2011
Monday, 28 November 2011
SAKAR
Saya mula melorek Sakar apabila saya berada di Bilbao. Sakar ialah adalah singkatan Sajak Dalam Kartun.
Terhadap sesuatu isu, biasanya saya akan melukis kartun. Tetapi ada kalanya ia juga wajar ditambah dalam bentuk penulisan supaya dimensinya lebih berkembang.
Dari situlah timbulnya idea untuk mengujudkan karya seperti ini.

Sunday, 27 November 2011
Festival komik di Getxo
Pada Sabtu, 26 November saya berpeluang menghadiri Festival Komik (El X Salón del Cómic de Getxo) di Getxo, kira-kira 15 kilometer dari Bilbao. Ini adalah pertama kali saya menyertai festival seumpama ini, jadi saya tidak dapat membanding festival-festival seperti ini di Eropah atau di Jepun. Ini wajar kerana saya bukanlah peminat komik, beza kalau kartun politik.
Ia diadakan dalam satu khemah besar yang tertutup. Tiket masuk adalah 1euro dan hanya perlu dibayar sekali dan boleh digunakan untuk berapa kali masuk pun dalam satu hari. Di dalamnya, seperti pesta buku di PWTC, cuma bezanya semua bahan/buku/majalah yang terdapat di sini adalah komik. Ia dibahagi kepada pameran, gerai jualan dan ruang aktiviti.
Terdapat lima galeri yang mempamerkan karya pelukis-pelukis komik. Menurut pengarah festival yang saya temui, Mr Inaki Eloeeiaga, seramai 43 pelukis komik terlibat dalam pameran tahun ini. Menurut Inaki lagi, ini adalah kali kesepuluh festival ini diadakan. Tambah beliau, pada tahun-tahun sebelum ini, artis-artis antarabangsa contohnya dari Amerika, Itali dan Jepun juga dijemput.
Tetapi untuk tahun ini, akibat krisis ekonomi yang melanda Eropah, ia hanya terhad kepada pelukis-pelukis komik dari Sepanyol, Peranchis dan Belgium saja. Manakala di gerai jualan. banyak sekali buku/majalah/yang dijual seperti Tintin, Astryx, Glash Gordon, Modesty Blaise, Tarzan, Conan, Prince Valiant serta komik karya Esteban Maroto, Frank Frazetta, Alex Raymond, Hal Foster dan lain-lain.
Sudah menjadi tabiat manusia mencari yang diharamkan, lalu saya menanyakan untuk membeli "Tintin in Congo" yang diharamkan di seluruh Eropah kerana isu rasis, tetapi tidak ditemui. Di ruang jualan, terdapat merchandise dalam berbagai bentuk - toys, t-shirt dan lain-lain. Ketika kita melawat, mascot-maskot yang mengimitasi karektor komik berkeliaran.
Selain itu, terdapat juga ruangan forum untuk diskusi mengenai komik. Disamping itu disediakan beberapa ruang untuk orang ramai terutama kanak-kanak untuk melukis. Mereka disediakan peralatan melukis seperti pensil, pemadam, kertas dan warna secara percuma. Dan pelukis-pelukis senior juga bersedia mengajar membimbing mereka juga secara percuma. Selain itu, terdapat satu lagi ruang untuk remaja dan kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam game yang berkaitan karektor komik.
Saya temui dan berkenalan dengan pelukis-pelukis komik dari Peranchis, Carlos serta teamnya. Saya juga ambil kesempatan berbual dengan Daniel dari Persatuan Ilustrator Eropah, dan beliau rupanya sebelum ini mengetahui tentang kes saya. Saya juga temui pengukir skuptor/pembuat topeng karektor komik, Gorka.
Saya rasa ini satu festival yang sangat menarik, rasa mahu seharian di sana, tetapi pembantu saya, Ms Ainhoa harus ke tempat lain. - Hasta logo!

Friday, 25 November 2011
DOA-DOA KATAK
Scerita teladan di petik dan diterjemah dari "Prayers of The Frog".
Tersebut kisah ratusan tahun lalu di sebuah perkampungan di selatan India. Ada seorang guru yang mengajar satu agama baru dan dia berhasil mengumpulkan 50 orang anak murid. Setiap minggu dia dan pengikut-pengikutnya akan bersembahyang secara beramai-ramai. Guru ini mempunyai seekor kucing kesayangan.
Setiap kali upacara sembahyang diadakan, kucing ini akan menggangu sang guru. Maka sebagai jalan penyelesaian, guru ini menambat kucingnya setiap kali bersembahyang. Hari berganti tahun. Pengikutnya bertambah ramai. Dan setiap kali dia menjadi imam sembahyang, guru it akan menambat kucing.
Berpuluh tahun kemudian, guru itu mati, lalu diganti dengan guru baru. Dan guru ini juga setiap kali sembahyang akan menambat kucing guru pertamanya. Berpuluh tahun kemudian, kucing itu mati. Lalu dicarilah mereka kucing yang lain untuk ditambat setiap kali bersembahyang.
Ratusan tahun kemudian, pengikut agama tersebut yang semakin ramai dan bercambah di mana-mana akan menambat kucing sebagai satu 'rukun wajib' setiap kali mereka sembahyang sehingga ke hari ini!

SANGGUPKAH KITA DIPERBODOHKAN LAGI?
Janganlah kita biarkan diri kita diperbodoh oleh pemimpin-pemimpin yang berbicara indah, tetapi hipokritnya Kata pepatah arab, "sekali seseorang itu menipu kita, orang itu jahat. Dua kali orang yang sama menipu kita, kita bodoh."
Sudah lebih 54 tahun kita diperbodoh. Sudah sampai masanya kita bangun dan lawan!

Wednesday, 23 November 2011
TANDA-TANDA AKHIR
Tanda-tanda akhir tamaddun kemanusiaan, seperti yang disepakati ulama ialah apabila munculnya kejadian kejadian aneh. Ia diikuti dengan musnahnya satu persatu isi alam dan menjelmalah alam akhirat. Yang jelas, menjelang kemusnahan atau kejatuhan sesuatu tamaddun, ia akan diawali dengan berlakunya perkara-perkara aneh.
Barisan, Nasional telah memerintah negara ini selama lebih 54 tahun dan akhir-akhir ini banyak perkara-perkara aneh, tidak masuk akal berlaku...
Tuesday, 22 November 2011
BILA BOHONG JADI KEWAJIPAN
Berbohong adalah sarapan pagi pemimpin Umno/BN. Saya rasa Perdana Menteri Malaysia terlalu banyak berbohong sehingga dia sendiri tak lagi percaya apa yang dia cakap! Dua bulan lepas, berdegar-degar, dicanang seluruh negara bahawa ISA akan dihapuskan. Tetapi minggu lepas 10 orang ditahan di bawah ISA.
Malah dalam Parlimen awal minggu ini, saorang menteri kabinet menyatakan satu akta baru akan digubal bagi menggantikan ISA dan akta baru itu membenarkan kerajaaan menahan sesiapa saja tanpa bicara!
Jadi inilah kartun saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)