Sunday, 27 November 2011

Festival komik di Getxo

Pada Sabtu, 26 November saya berpeluang menghadiri Festival Komik (El X Salón del Cómic de Getxo) di Getxo, kira-kira 15 kilometer dari Bilbao. Ini adalah pertama kali saya menyertai festival seumpama ini, jadi saya tidak dapat membanding festival-festival seperti ini di Eropah atau di Jepun. Ini wajar kerana saya bukanlah peminat komik, beza kalau kartun politik.

Ia diadakan dalam satu khemah besar yang tertutup. Tiket masuk adalah 1euro dan hanya perlu dibayar sekali dan boleh digunakan untuk berapa kali masuk pun dalam satu hari. Di dalamnya, seperti pesta buku di PWTC, cuma bezanya semua bahan/buku/majalah yang terdapat di sini adalah komik. Ia dibahagi kepada pameran, gerai jualan dan ruang aktiviti.

Terdapat lima galeri yang mempamerkan karya pelukis-pelukis komik. Menurut pengarah festival yang saya temui, Mr Inaki Eloeeiaga, seramai 43 pelukis komik terlibat dalam pameran tahun ini. Menurut Inaki lagi, ini adalah kali kesepuluh festival ini diadakan. Tambah beliau, pada tahun-tahun sebelum ini, artis-artis antarabangsa contohnya dari Amerika, Itali dan Jepun juga dijemput.

Tetapi untuk tahun ini, akibat krisis ekonomi yang melanda Eropah, ia hanya terhad kepada pelukis-pelukis komik dari Sepanyol, Peranchis dan Belgium saja. Manakala di gerai jualan. banyak sekali buku/majalah/yang dijual seperti Tintin, Astryx, Glash Gordon, Modesty Blaise, Tarzan, Conan, Prince Valiant serta komik karya Esteban Maroto, Frank Frazetta, Alex Raymond, Hal Foster dan lain-lain.

Sudah menjadi tabiat manusia mencari yang diharamkan, lalu saya menanyakan untuk membeli "Tintin in Congo" yang diharamkan di seluruh Eropah kerana isu rasis, tetapi tidak ditemui. Di ruang jualan, terdapat merchandise dalam berbagai bentuk - toys, t-shirt dan lain-lain. Ketika kita melawat, mascot-maskot yang mengimitasi karektor komik berkeliaran.

Selain itu, terdapat juga ruangan forum untuk diskusi mengenai komik. Disamping itu disediakan beberapa ruang untuk orang ramai terutama kanak-kanak untuk melukis. Mereka disediakan peralatan melukis seperti pensil, pemadam, kertas dan warna secara percuma. Dan pelukis-pelukis senior juga bersedia mengajar membimbing mereka juga secara percuma. Selain itu, terdapat satu lagi ruang untuk remaja dan kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam game yang berkaitan karektor komik.







Saya temui dan berkenalan dengan pelukis-pelukis komik dari Peranchis, Carlos serta teamnya. Saya juga ambil kesempatan berbual dengan Daniel dari Persatuan Ilustrator Eropah, dan beliau rupanya sebelum ini mengetahui tentang kes saya. Saya juga temui pengukir skuptor/pembuat topeng karektor komik, Gorka.


Saya rasa ini satu festival yang sangat menarik, rasa mahu seharian di sana, tetapi pembantu saya, Ms Ainhoa harus ke tempat lain. - Hasta logo!

No comments:

Post a Comment