Kedua-dua hujah ini menekan bahawakeadilan tidak ditentukan oleh faktor masa, tetapi hendaklah berdasarkan undang-undang yang adil.
Di Malaysia, bukan saja hukum sering tidak adil, ia sering dizalimkan lagi dengan manipulasi masa.
Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo didakwa atas dakwaan yang telah diringankan bagi menyelamatkan beliau. Masa yang dipilih untuk memutuskan kes ini ialah menjelang cuti umum selama tiga hari, iaitu cuti hari Krismas yang dicantumkan dengan cuti hari minggu.
23 Disember sengaja dipilih ketika rakyat sedang bercuti penjang supaya mereka tidak sempat menganalisa kes ini dan dengan itu menyelamatkan sendiwara politik pemerintah.
Kita lihat lagi, Eric Chia dan Kasitah Gaddam didakwa menjelang PRU 2004 bertujuan memperlihatkan kononnya kerajaan bersungguh dalam menangani rasuah untuk kepentingan kempen, sedangkan kesalahan tersebut dilakukan berpuluh tahun sebelum itu. Dan beberapa tahun selepas PRU, mereka dibebaskan.
Pada tahun 1999, Marina Yusoff yang sedang popular dikalangan penyokong reformasi ketika itu didakwa atas Akta Hasutan, dan masa yang dipilih ialah pada hari raya ketiga bertujuan mengelak perhimpunan bagi menyokong beliau kerana kebanyakan rakyat ketika itu sedang bercuti.
Sebelum Anwar Ibrahim dibebaskan pada tahun 2004, beliau telah dimaklumkan beberapa bulan sebelum itu oleh 'orang-orang yang rapat' kepada Perdana Menteri bahawa beliau akan dibebaskan, tetapi masanya selepas PRU bagi mengelakkan beliau berkempen.
Kes terbaru Anwar diabicarakan secara tergesa-gesa dan dipercepat supaya hukuman dapat dijatuhkan sebelum Parlimen dibubar oleh Perdana Menteri untuk dijadikan bahan kempen oleh Umno/Barisan Nasional dalam PRU 13.
Dalam rancangan membebaskan dua katak Perak, Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai habuan melompat, masa yang dipilih ialah ketika orang sibuk berkempen pilihanraya Sarawak.
Diatas adalah contoh kecil dari senarai panjang betapa pihak pemerintah menginjak hukum dan memanipulasi masa bagi kepentingan politik mereka. Semua ini terhasil dengan kerjasama hakim, Peguam Negara dan Polis dan media pengampu. Mereka yang enggan menurut skrip ini akan menerima padah.
Hakim KN Sagara ditukar apabila beliau tidak tunduk permintaan peguam kerajaan untuk mempercepatkan kes Altantuya tanpa alasan wajar. Mempercepat kes Altantuya adalah satu rancangan bagi membebaskan Razak Baginda lebih awal. Dan hakim yang menggantikan beliau apabila menuruti skrip ini diberi gelaran Datuk!
Berapa ramai orang yang telah selesai menjalani hukuman terpaksa merengkok lebih lama kerana manipulasi masa seperti ini? Berapa ramai orang yang tidak bersalah dipenjarakan dan orang bersalah dibebaskan kerana skrip politik penguasa?
Bagaimanapun tekanan penguasa, keputusan terletak ditangan hakim, kerana hakimlah yang menentukan sesuatu hukuman. Mementik kata-kata sarkastik Lord Denning (terjemahan): "Berikan sebaris ayat yang ditulis oleh seorang yang paling jujur, dan hakim boleh mencari sesuatu disebalik tulisan untuk untuk menggantung beliau."
Hakim yang menjadi perkakas penguasa sebenarnya bertanggungjawab mengikis kelayakan mahkamah sebagai sebuah institusi berdaulat Merekalah sebenarnya yang menghina mahkamah. Hakim-hakim seperti ini akan dihumban dalam tong sampah sejarah bersama penguasa yang menunggang mereka.
Saya terharu dan sangat berbangga dapat berjumpa dengan Hakim Kamil Awang yang datang ke program bertemu peminat di Amcorp Mall akhir September lepas. |
Akhir kalam, tidak lupa sanjungan untuk hakim yang tegas mempertahan undang-undang seperti Salleh Abas, Suffian Hashim, Azmi Kamaruddin, Eusoffe Abdoolcader, Wan Hamzah Mohamed Salleh, Wan Suleiman Pawanteh, Harun Hashim, George Seah, KN Sagara, Sheikh Daud Ismai, Hishamuddin Yunus, Linton Albert, Kamil Awang, SM Komathy Suppiah, GV Varughese juga lain-lain yang saya tidak disebutkan di sini.
sgt logic,,, game yg sgt chantik tsusun,,,,
ReplyDelete