Saturday 10 December 2011

ANUGERAH BUKAN UNTUK DIMEGAHI, TETAPI PENYUNTIK SEMANGAT

Courage in Editorial Cartooning 2011


Human Right award dari Yayasan Hellmann-Hammett 
Sejak mula melukis, saya tidak pernah mencita-citakan untuk diberi sebarang anugerah. Hasrat saya ialah melalui kartun, saya mahu melawan rasuah dan perasuah serta penguasa zalim pengisap darah rakyat.

Jika saya mahukan imbuhan tentu sudah lama saya mengikut jejak langkah beberapa kartunis yang menemui Menteri Rais Yatim beberapa bulan lepas yang kemudian diberi peruntukan RM5 juta. Kerana itu, walau menghadapi banyak cabaran dan rintangan, saya tetap meneruskannya.

Pada pertengahan Mei 2011, saya dimaklumkan oleh pihak Cartoonist Rights Network International (CRNI) bahawa saya telah dipilih untuk menerima anugerah "Courage in Editorial Cartooning 2011" (Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial).

Berita ini datang selepas saya ditangkap dan buku-buku saya diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Dalam ucapannya di majlis penganugerahan yang  diadakan pada 7 Julai di Florida, Amerika Syarikat, Pengarah CRNI, Dr Robert Russell, berkata:

 "Zunar shakes his fist at their small minded, but terrifying power. His response to their blatant and illegalcensorship has become a guide map for how any of us can defend freedom of speech and preserve it for ourselves and our children. Zunar’s survival strategy in dealing with the pressures government put him under has been to keep fighting back. Now, Zunar is suing the government for false arrest. complaint will be upheld. He is just smarter than they are.

(terjemahan bebas)

**Cara Zunar menangani penapisan yang tidak sah menjadi pedoman bahawa kita boleh mempertahankan kebebasan bersuara dan mengekalkannya untuk kita dan sebagai warisan kepada anak cucu kita. Strategi Zunar dalam menghadapi tekanan dari kerajaan ialah dengan sentiasa melawan kembali. Selepas ditangkap secara tidak sah tahun lepas kerana menerbitkan buku kartun, beliau menyaman balik kerajaan Malaysia. **

Pada bulan Ogos, saya menerima satu lagi anugerah, kali ini anugerah hak asasi dari Yayasan Hellmann-Hammett di Amerika dan Human Rights Watch. Majlis penerimaannya diadakan di Bangkok.

Selang beberapa minggu memudian, saya mendapat tawaran untuk menjadi "Resident Artist" (artis jemputan) selama tiga bulan di Bilbao, Sepanyol. Dalam masa sama saya juga diberi peluang mengadakan pameran kartun dalam "Festival Melawan Penapisan" di sana. Dan di sini saya menerima satu lagi anugerah "Keberanian Melawan Penapisan" yang diberikan oleh pihak penganjur festival, iaitu Serrano Production.

Pada awal Disember, saya dihubungi oleh pengurus Annexe Gallery Pasar Seni, Pang Khee Teik bahawa saya telah diipilih sebagai salah seorang dari "Annexe Heroes 2011." Ini adalah anugerah pertama saya dari pertubuhan di Malaysia. Isteri saya, Fazlina Rosley mewakili saya untuk menerimanya di Annexe pada 10 Disember memandangkan saya masih di Bilbao.

Pihak penganjur mencatatkan penghargaan seperti di bawah:

"For capturing the follies and irony of Malaysian politics through cartoon and reminding us the power of art in the critique of power. For creatively finding platforms for his work even when the spaces for him to express such themes are being curtailed and even when his books are banned. For showing that all Malaysians must take a stand in this political climate.

(terjemahan bebas)

** Kerana menggambarkan betapa tolol dan ironinya politik Malaysia melalui kartun dan mengingatkan kita tentang kekesanan kritikan dalam karya seni. Kerana dengan kreatif mencipta wadah untuk bekarya walau pun ruangnya untuk beliau disekat, malah buku-bukunya diharamkan. Kerana menunjukkan kepada kita bahawa rakyat Malaysia perlu mengambil pendirian dalam politik. **

Seperti yang disebut di awal tulisan ini, anugerah bukanlah untuk dimegah, tetapi penting sebagai penyuntik semangat perjuangan. Ia memberi kekuatan baru, seperti yang saya sebut ketika ucapan di Florida, "seperti Popeye mendapat Spinach."

Courage in Fighting Cencorship

Annexe Heroes 2011
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi anugerah kepada saya. Anugerah paling besar ialah penghormatan yang saya terima dari peminat, penyokong dan pembaca karya saya.

8 comments:

  1. terbaik la zunar, nanti wat cite pasal lembu NFC ea.

    ReplyDelete
  2. As-salam,tahniah bro.zunar...teruskan berjuang atas landasan kebenaran hingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  3. salam,tahniah,bangga sebab saya membesar dengan satira abang,bambino,papa>klu tak silap dlm berita harian<gebang-gebang,hehe.apapun tahniah bang!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Amirul, Adanaberkat dan Abi atas sokongan.

    ReplyDelete
  5. salam,bro dekat mana saya boleh beli buku komik yg bro buat?

    ReplyDelete
  6. Sdr Phadlee. Buku saya semua diharamkan, amat sukar mendapatinya. Cuma buku terbaru saya "Even My Pen Has a Stand" sekarang boleh dibeli online melalui link ini, http://bit.ly/mPb9gl

    ReplyDelete
  7. Bro Zunar..hanya yg terbaik akan mendapat pengiktirafan dunia..syabas..saudara adalah pemangkin kebangkitan kami...amn

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kuningbiru atas kata2 semangat

    ReplyDelete