Wednesday, 16 November 2011

KARTUN-KARTUN HAJI

KARTUN-KARTUN HAJI

Dalam melukis kartun, saya punya prinsip tidak akan mengkritik ajaran asas sesuatu agama. Begitu juga dalam isu-isu yang menyentuh ajaran Islam. Saya tidak mengritik Islam, tetapi saya berhak mengkritik orang-orang Islam - malah itu digalakkan dalam Islam.

Bila melukis isu haji, yang saya kritik bukan ibadat tersebut, tetapi manusia-manusia hipokrit yang berselindung di sebalik ibadah demi kepentingan diri.

Kepada yang berkata kita tidak boleh menghukum orang atau biarkan Tuhan tentukan, siapalah kita untuk menentukan ibadat orang lain, jawapan saya: "Kita hidup untuk apa, kalau perkara sebegitu mudah pun kita gagal membuat keputusan dan semuanya diserah kepada Tuhan?".




Kalau pencuri dihukum, kenapa pemimpin hipokrit kita takut menghukum?

Bukankah garis panduan telah dinyatakan dengan jelas dalam Quran bahawa sesiapa yang menununaikan haji, bukan saja menjalankan ibadat, tetapi juga harus secara terbuka mengaku dan meninggalkan semua perlakuan jahat. Ini termasuk kezaliman, hiporasi, rasuah dan seumpamanya.

Jadi inilah kartun-kartun saya. Anda berhak komen, tetapi haruslah dengan hujah rasional.

7 comments:

  1. Salam, En. Zunar. Baru sekarang saya faham kenapa encik melukis kartun sebegitu. Orang seperti enciklah yang paling saya kagum - daripada mengkritik secara membabi buta, encik sudah memberi sebab kukuh yang boleh diterima.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih MNV, kita mesti membuka pemikiran supaya tidak lagi diperbodohkan oleh pnguasa yang menggunakan hujah agama untuk terus mengekalkan kausa.

    ReplyDelete
  3. salam en. zunar,

    melihatkan kartun dan sakar sdr ini, saya speechless, terbaik dari minda yang jelas dan berani. salute!

    sokongan selamanya ada untuk kebenaran.

    ReplyDelete
  4. salam tuan Zunar..bukan itu masalah kita, masalah kita hanya satu berapa ramai lagi pemimpin di luar sana termasuk dalam kalangan pemimpin kanan PR yang hipokrit..mengapa tidak sahaja tuan lukis sahaja wajah2 hipokrit mereka semua itu..mengapa mesti dilakarkan secara terpilih-pilih? Mengapa hipokrasi disasarkan kepada UMNO semata-mata? Islam menuntut keadilan, dan lukiskanlah keadilan itu tidak mengira fahaman ideologi politik...

    ReplyDelete
  5. Sdr Muhamad Azli..hujah saudara itu telah banyak dikemukakan oleh penyokong2 Umno kepada saya. Jawapan saya kepada mereka dan sdr tetap sama. Dalam bertindak kita mesti medahulu keutamaan. Apa keutamaan sekarang? Negara kita telah hancur kerana dipimpin oleh mereka yang punya kuasa. Rasuha, kezaliman mereka menjejas rakyat banyak. Jadi keutamaan dan saya adalah kepada mereka yang paling berkuasa.

    ReplyDelete
  6. Parti yang layak memerintah negara pada masa akan datang adalah Parti Gabungan PAS, PKR & DAP ( PAKATAN RAKYAT ).
    Sila Promosikan Halaman Ini. Cadangkan pada rakan-rakan anda ok !!!
    Himpunan Rakyat Malaysia Yang Mahukan Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia Pada PRU Akan Datang. Tumbangkan Barisan Nasional & Gantikan Dengan Pakatan Rakyat.
    Kami Boikot Utusan Malaysia, UMNO Kaki Fitnah, Gelombang Reformasi II, Perajurit Keadilan, Kami Boikot Buletin Utama TV3

    ReplyDelete
  7. Bila melukis isu haji, yang saya kritik bukan ibadat tersebut, tetapi manusia-manusia hipokrit yang berselindung di sebalik ibadah demi kepentingan diri.
    crucio responsive one page wordpress theme

    ReplyDelete